Mencari Identiti
mesti pelikkan sebab ramai yg tertanye-tanye kenapa tajuk post HUB kali ni 'mencari identiti'. err, ke HUB yg perasan sorang-sorang. haha. ok ok, kali ni HUB nak cakap pasal 'mencari identiti' sebab baru-baru ni adik-adik form 1 baru masuk sekolah dan asrama. mulai saat itulah mereka akan mulai kenal hidup sebagai seorang remaja.
apa yang HUB nak cakap sebenarnya kat sini ialah waktu remaja ni lah waktu diorang nak mencari identiti diorang. pada saat diorang ni nak mencari identiti diorang, diorang ni perlukan pendengar setia. tak kira lah ibu bapa, adik-beradik dan kat asrama diorang memerlukan kawan. kalau diorang ade pendengar setia, bolehlah diorang ni ceritakan masalah diorang. sebagai contoh, HUB dulu ada seorang pendengar setia iaitu abang angkat HUB sendiri. biasalah kat asrama, nak berangkat-angkat segala bagai. haha. ok, HUB dulu memang banyak masalah. especially masalah keluarga. HUB selalulah cerita kat abang angkat HUB tu. alhamdulillah, dia bagi respon yang baik. dia bagi nasihat kat HUB, bagi semangat. HUB sendiri penah rasa ada pendengar setia.
kalau ada pendengar setia, kita share masalah sama-sama, insyaAllah kita akan merasa tenang sebab ade orang yang bersama kita waktu kita susah. ok, berbalik kepada tajuk tadi. jadi, adik-adik yang baru masuk asrama tadi mesti memerlukan pendengar setia. wajib! sebab apa wajib? sebabnya mereka ni baru nak bermula dengan kehidupan yang baru. hidup sebagai seorang remaja ni memang menyeronokkan tapi, kalau mereka salah memilih jalan. faham-fahamlah, buruk padahnya. hidup kat asrama ni bercampur dengan kawan. ada kawan yang baik, ada kawan yang jahat. jadi, diorang ni kenalah pandai memilih.
pendengar setia ni boleh juga daripada sahabat kita. sebab sahabat lagi kenal siapa kita berbanding dengan kawan. apa beza sahabat dengan kawan? beribu kawan tapi mungkin hanya satu sahaja sahabat. sahabat adalah orang yang paling dekat dengan kita yang ada waktu kita senang dan susah. sama-sama senang, sama-sama susah. jadi sahabat adalah orang yang paling bagus untuk menjadi pendengar setia waktu kita kat asrama. tak kan lah kalau ada masalah kita nak asyik telefon emak dengan ayah. bemusyawarahlah dengan sahabat tu dan cari jalan penyelesaian untuk masalah kita tu.
konklusinya, para senior dan abang-abang perlulah memandu adik-adik untuk mencari pendengar setia. tegurlah adik-adik yang membuat salah dengan kelembutan tapi bukan kekerasan. sahlon faqad laisa so'bun. janganlah susah-susahkan yang senang. masalah yang mudah selesaikanlah dengan cara yang 'senang' bukan cara yang 'susah'. barakallahufik.
No comments:
Post a Comment