Mencari Identiti
mesti pelikkan sebab ramai yg tertanye-tanye kenapa tajuk post HUB kali ni 'mencari identiti'. err, ke HUB yg perasan sorang-sorang. haha. ok ok, kali ni HUB nak cakap pasal 'mencari identiti' sebab baru-baru ni adik-adik form 1 baru masuk sekolah dan asrama. mulai saat itulah mereka akan mulai kenal hidup sebagai seorang remaja.
apa yang HUB nak cakap sebenarnya kat sini ialah waktu remaja ni lah waktu diorang nak mencari identiti diorang. pada saat diorang ni nak mencari identiti diorang, diorang ni perlukan pendengar setia. tak kira lah ibu bapa, adik-beradik dan kat asrama diorang memerlukan kawan. kalau diorang ade pendengar setia, bolehlah diorang ni ceritakan masalah diorang. sebagai contoh, HUB dulu ada seorang pendengar setia iaitu abang angkat HUB sendiri. biasalah kat asrama, nak berangkat-angkat segala bagai. haha. ok, HUB dulu memang banyak masalah. especially masalah keluarga. HUB selalulah cerita kat abang angkat HUB tu. alhamdulillah, dia bagi respon yang baik. dia bagi nasihat kat HUB, bagi semangat. HUB sendiri penah rasa ada pendengar setia.
kalau ada pendengar setia, kita share masalah sama-sama, insyaAllah kita akan merasa tenang sebab ade orang yang bersama kita waktu kita susah. ok, berbalik kepada tajuk tadi. jadi, adik-adik yang baru masuk asrama tadi mesti memerlukan pendengar setia. wajib! sebab apa wajib? sebabnya mereka ni baru nak bermula dengan kehidupan yang baru. hidup sebagai seorang remaja ni memang menyeronokkan tapi, kalau mereka salah memilih jalan. faham-fahamlah, buruk padahnya. hidup kat asrama ni bercampur dengan kawan. ada kawan yang baik, ada kawan yang jahat. jadi, diorang ni kenalah pandai memilih.
pendengar setia ni boleh juga daripada sahabat kita. sebab sahabat lagi kenal siapa kita berbanding dengan kawan. apa beza sahabat dengan kawan? beribu kawan tapi mungkin hanya satu sahaja sahabat. sahabat adalah orang yang paling dekat dengan kita yang ada waktu kita senang dan susah. sama-sama senang, sama-sama susah. jadi sahabat adalah orang yang paling bagus untuk menjadi pendengar setia waktu kita kat asrama. tak kan lah kalau ada masalah kita nak asyik telefon emak dengan ayah. bemusyawarahlah dengan sahabat tu dan cari jalan penyelesaian untuk masalah kita tu.
konklusinya, para senior dan abang-abang perlulah memandu adik-adik untuk mencari pendengar setia. tegurlah adik-adik yang membuat salah dengan kelembutan tapi bukan kekerasan. sahlon faqad laisa so'bun. janganlah susah-susahkan yang senang. masalah yang mudah selesaikanlah dengan cara yang 'senang' bukan cara yang 'susah'. barakallahufik.
Saturday, 18 February 2012
Tuesday, 7 February 2012
Erti Hidup untuk Memberi
entri kali ni, HUB tertarik dengan tajuk kat atas tu. HUB pernah bace psal tajuk tu, tapi tak ingat kt mane. biaselah, dah namenye pun insan. jadi senang lupelah. haha. ok, berbalik kepada tajuk diatas. 'erti hidup untuk memberi'. apa yang dimaksudkan dengan memberi itu?
ya! mesti korang tertanye-tanye, ape yang HUB maksudkan dengan memberi. err.. ke HUB yang syok sendiri, padehal tak de orang yang tanye pon. haha. dah dah, fokus balik! memberi ni terbahagi kepada banyak maksud. memberi yang HUB nak maksudkan ialah memberi sedekah kepada orang lain, memberi serta menyampaikan ilmu dan yang paling rakyat Malaysia ni suka untuk lakukan iaitu memberi pertolongan.
ok, kite terus kepada isi yang pertama. memberi sedekah kepada orang lain. bukan semua orang didunia ini hidup kaya dan sederhana kaya. tetapi ada juga insan yang kurang bernasib baik. mereka hidup seperti kais pagi makan padi, kais petang makan petang. apa yang mereka ada, itulah yang akan mereka makan. kalau tak jumpa apa2, erm.. faham-faham lah ye.
kita yang hidup bahagia ni perlulah bantu mereka. mereka juga adalah saudara islam sesama kita. HUB teringat kata-kata ustaz HUB dulu, kalau kita permudahkan masalah seseorang, InsyaAllah Allah akan permudahkan masalah kita. jadi, berbuat baiklah kita sesama insan, bantulah mereka yang dalam kesusahan. sesungguhnya Allah amat menyayangi hambaNya yang membantu antara satu sama lain.
kedua, memberi serta menyampaikan ilmu. menyampaikn ilmu yang baik adalah besar ganjaran pahalanya. jika kita mengajarkan sesuatu perkara yang baik kepada orang lain dan orang lain itu akan mengajar kepada orang-orang lain. cehh, kira macam kuasa dua lah ni. haha. main matematik plak. jika mereka terus menerus menyampaikan ilmu itu serta mengamalkannya, kita akan terus terusan mendapat pahala tersebut selagi ia berterusan disampaikan. tetapi, jika kita menyampaikan ilmu yang tidak baik kepada orang lain dan orang tersebut menyampaikn pula kepada orang lain. maka, kita secara free-free nya selagi mereka mengamalkan ilmu yang tidak baik itu. oleh itu, kita perlu bijak menilai sesuatu ilmu yang ingin disampaikan itu agar kita mendapat manfaat daripada ilmu yang kita sampaikan itu.
last sekali. huh~ penat tangan HUB menaip ni. lenguh dibuatnya. takpe-takpe, demi menyampaikan ilmu! memberi pertolongan. kita diberikan oleh Allah kekuatan untuk membantu orang lain. kita juga diberikan tubuh badan yang sihat dan juga akal yang cerdas. memberi pertolongan dengan menggunakan tubuh badan kita bermaksud memberi khidmat pertolongan kepada orang yang memerlukan. memberi pertolongan dengan menggunakan akal pula membawa maksud memberi idea dan berkonsi pendapat sesama orang lain.
sebagai kesimpulan, bantu membantulah kita sesama manusia. insyaAllah jika kita berada dalam kesusahan Allah akan membantu kita pula. tetapi jika kita menyusahkan orang lain, maka susah jugalah yang akan kita dapat. jika kebaikan yang kita lakukan itu dibalas dengan keburukan, bersabarlah kerana ia adalah ujian daripada Allah. ingatlah orang yang beriman itu tidak dianggap beriman selagi dia tidak diuji oleh Allah.
entri kali ni, HUB tertarik dengan tajuk kat atas tu. HUB pernah bace psal tajuk tu, tapi tak ingat kt mane. biaselah, dah namenye pun insan. jadi senang lupelah. haha. ok, berbalik kepada tajuk diatas. 'erti hidup untuk memberi'. apa yang dimaksudkan dengan memberi itu?
ya! mesti korang tertanye-tanye, ape yang HUB maksudkan dengan memberi. err.. ke HUB yang syok sendiri, padehal tak de orang yang tanye pon. haha. dah dah, fokus balik! memberi ni terbahagi kepada banyak maksud. memberi yang HUB nak maksudkan ialah memberi sedekah kepada orang lain, memberi serta menyampaikan ilmu dan yang paling rakyat Malaysia ni suka untuk lakukan iaitu memberi pertolongan.
ok, kite terus kepada isi yang pertama. memberi sedekah kepada orang lain. bukan semua orang didunia ini hidup kaya dan sederhana kaya. tetapi ada juga insan yang kurang bernasib baik. mereka hidup seperti kais pagi makan padi, kais petang makan petang. apa yang mereka ada, itulah yang akan mereka makan. kalau tak jumpa apa2, erm.. faham-faham lah ye.
![]() |
| macam ni lah. makcik ni semangat untuk cari duit nak beli makanan untuk anak die. teruskan usaha!! |
kedua, memberi serta menyampaikan ilmu. menyampaikn ilmu yang baik adalah besar ganjaran pahalanya. jika kita mengajarkan sesuatu perkara yang baik kepada orang lain dan orang lain itu akan mengajar kepada orang-orang lain. cehh, kira macam kuasa dua lah ni. haha. main matematik plak. jika mereka terus menerus menyampaikan ilmu itu serta mengamalkannya, kita akan terus terusan mendapat pahala tersebut selagi ia berterusan disampaikan. tetapi, jika kita menyampaikan ilmu yang tidak baik kepada orang lain dan orang tersebut menyampaikn pula kepada orang lain. maka, kita secara free-free nya selagi mereka mengamalkan ilmu yang tidak baik itu. oleh itu, kita perlu bijak menilai sesuatu ilmu yang ingin disampaikan itu agar kita mendapat manfaat daripada ilmu yang kita sampaikan itu.
last sekali. huh~ penat tangan HUB menaip ni. lenguh dibuatnya. takpe-takpe, demi menyampaikan ilmu! memberi pertolongan. kita diberikan oleh Allah kekuatan untuk membantu orang lain. kita juga diberikan tubuh badan yang sihat dan juga akal yang cerdas. memberi pertolongan dengan menggunakan tubuh badan kita bermaksud memberi khidmat pertolongan kepada orang yang memerlukan. memberi pertolongan dengan menggunakan akal pula membawa maksud memberi idea dan berkonsi pendapat sesama orang lain.
sebagai kesimpulan, bantu membantulah kita sesama manusia. insyaAllah jika kita berada dalam kesusahan Allah akan membantu kita pula. tetapi jika kita menyusahkan orang lain, maka susah jugalah yang akan kita dapat. jika kebaikan yang kita lakukan itu dibalas dengan keburukan, bersabarlah kerana ia adalah ujian daripada Allah. ingatlah orang yang beriman itu tidak dianggap beriman selagi dia tidak diuji oleh Allah.
Monday, 6 February 2012
Medium Baru
hari ni HUB ![]() | |||||
| err.. macam ni lah HUB bile nk bercakap kat depan khalayak ramai |
ok sekarang, HUB nak bagi sebab knape HUB menggunakan blog sbagai salah satu medium untuk Hud menyanpaikan ilmu islam ini. pertama, HUB boleh search kt mr. google semua maklumat pasal dalil, hadis dan isi-isi yg HUB nak sampaikn. jadi, insyaAllah HUB akan sampaikn ilmu-ilmu yg HUB cari dan ilmu yg HUB sendiri pelajari.
kedua, seperti yg HUB cakap kn kt perenggan pendahuluan yg kat atas tu, haha. HUB lebih suka menaip. lagi panjang isi yg HUB nak sampaikn, lagi seronok lah hati ni. lagipun HUB dapat idea untuk menggunakan blog sebagai salah satu mediumnye daripada senior HUB sendiri yg skrang ni tengah belajar kt uia dalam bidang farmasi. err.. blog die penuh dengan isi-isi dan ilmu-ilmu yg berguna. dari situlah HUB dapat idea ni. die pun menulis seminggu sekali je. sbab die masih blajar. HUB pun masih blajar jgak.
kesimpulannya, dakwah ni boleh menggunakan banyak cara. bagi orang yg macam HUB yg malu nak bercakap di khalayak ramai, gunakan lah blog. ceh..promote plak. haha. entri untuk kali ini, HUB bagi pengenalan dulu, macam ice breaking jgak lah. entri seterusnye, barulah HUB sampaikn segalanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

