Tuesday, 7 February 2012

Erti Hidup untuk Memberi
entri kali ni, HUB tertarik dengan tajuk kat atas tu. HUB pernah bace psal tajuk tu, tapi tak ingat kt mane. biaselah, dah namenye pun insan. jadi senang lupelah. haha. ok, berbalik kepada tajuk diatas. 'erti hidup untuk memberi'. apa yang dimaksudkan dengan memberi itu?

ya! mesti korang tertanye-tanye, ape yang HUB maksudkan dengan memberi. err.. ke HUB yang syok sendiri, padehal tak de orang yang tanye pon. haha. dah dah, fokus balik! memberi ni terbahagi kepada banyak maksud. memberi yang HUB nak maksudkan ialah memberi sedekah kepada orang lain, memberi serta menyampaikan ilmu dan yang paling rakyat Malaysia ni suka untuk lakukan iaitu memberi pertolongan.

ok, kite terus kepada isi yang pertama. memberi sedekah kepada orang lain. bukan semua orang didunia ini hidup kaya dan sederhana kaya. tetapi ada juga insan yang kurang bernasib baik. mereka hidup seperti kais pagi makan padi, kais petang makan petang. apa yang mereka ada, itulah yang akan mereka makan. kalau tak jumpa apa2, erm.. faham-faham lah ye.
macam ni lah. makcik ni semangat untuk cari duit nak beli makanan

untuk anak die. teruskan usaha!!
kita yang hidup bahagia ni perlulah bantu mereka. mereka juga adalah saudara islam sesama kita. HUB teringat kata-kata ustaz HUB dulu, kalau kita permudahkan masalah seseorang, InsyaAllah Allah akan permudahkan masalah kita. jadi, berbuat baiklah kita sesama insan, bantulah mereka yang dalam kesusahan. sesungguhnya Allah amat menyayangi hambaNya yang membantu antara satu sama lain.

kedua, memberi serta menyampaikan ilmu. menyampaikn ilmu yang baik adalah besar ganjaran pahalanya. jika kita mengajarkan sesuatu perkara yang baik kepada orang lain dan orang lain itu akan mengajar kepada orang-orang lain. cehh, kira macam kuasa dua lah ni. haha. main matematik plak. jika mereka terus menerus menyampaikan ilmu itu serta mengamalkannya, kita akan terus terusan mendapat pahala tersebut selagi ia berterusan disampaikan. tetapi, jika kita menyampaikan ilmu yang tidak baik kepada orang lain dan orang tersebut menyampaikn pula kepada orang lain. maka, kita secara free-free nya selagi mereka mengamalkan ilmu yang tidak baik itu. oleh itu, kita perlu bijak menilai sesuatu ilmu yang ingin disampaikan itu agar kita mendapat manfaat daripada ilmu yang kita sampaikan itu.

last sekali. huh~ penat tangan HUB menaip ni. lenguh dibuatnya. takpe-takpe, demi menyampaikan ilmu! memberi pertolongan. kita diberikan oleh Allah kekuatan untuk membantu orang lain. kita juga diberikan tubuh badan yang sihat dan juga akal yang cerdas. memberi pertolongan dengan menggunakan tubuh badan kita bermaksud memberi khidmat pertolongan kepada orang yang memerlukan. memberi pertolongan dengan menggunakan akal pula membawa maksud memberi idea dan berkonsi pendapat sesama orang lain.

sebagai kesimpulan, bantu membantulah kita sesama manusia. insyaAllah jika kita berada dalam kesusahan Allah akan membantu kita pula. tetapi jika kita menyusahkan orang lain, maka susah jugalah yang akan kita dapat. jika kebaikan yang kita lakukan itu dibalas dengan keburukan, bersabarlah kerana ia adalah ujian daripada Allah. ingatlah orang yang beriman itu tidak dianggap beriman selagi dia tidak diuji oleh Allah. 

No comments:

Post a Comment