Tarbiyah
assalam awwalul kalam. Assalamualaikum! haha. akhirnya, dpt jgak kali ni HUB tulis entri baru. bukan apa, HUB memang tak sempat sebab sejak jadi form 4 ni banyak sangat aktiviti yang HUB masuk. baru-baru ni, HUB baru je habis pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat negeri. tapi nasib tak menyebelahi kitorang sebab masa pusingan pertama dah kalah dengan SAM Rawang yang mewakili daerah gombak. tahniah lah untuk korang~
baiklah, berbalik kepada tajuk entri kita pada kali ini. salah satu perkara yang HUB paling berharap ia akan menjadi suatu realiti ialah TARBIYAH. bila wujudnya tarbiyah ni, barulah dapat wujudkan bi'ah solehah. bila dapatkan wujudkan bi'ah solehah, dapatlah jadi SMKA yang betul-betul 'A' nya tu. A=AGAMA. terima kasihlah kepada sahabat aku sorang ini. die baru berpindah ke KISAS dan balik semula ke SMKASL semula atas sebab-sebab tertentu. bila dia balik semula ke sekolah lama dia ni. dia bawa macam-macam budaya kat sana ke sini.
salah satunya ialah IHTILAD yang dapat diertikan sekatan antara lelaki dan perempuan. banyak jugalah cabang-cabang ihtilad ni. antaranya ialah, yang pertama. membezakan laluan antara lelaki dan perempuan pada waktu puncak. laluan yang di fokuskan ialah tangga, jalan besar dan susur gajah. waktu puncaknya masa pergi & balik sekolah dengan waktu rehat. rasionalnya ialah apabila kita membezakan laluan tangga ialah contohnya apabila perempuan dihadapan lelaki selalunya apabila mereka naik tangga secara tak langsung kain mereka akan terangkat sedikit dan ini menyebabkan pelajar lelaki ternampak. HUB tak tujukan kat sapa-sapa, cuma mahu memberi penerangan.
yang kedua, adab ketika bercakap antara lelaki dengan perempuan. pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan sama sekali bercakap dengan jarak yang terlalu dekat. sekurang-kurangnya jarak yang paling baik ialah 1 ke 2 meter. bukan apa, bagi mengelakkan nafsu syahwat tu dan tak nak menjadi bahan fitnah. even kalau nak bercakap benda baik pon, tak kan lah sampai perlu cakap dekat-dekat sangat.
aduh, penatnya. haha. ketiga, pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan berjumpa selepas pukul 6 petang kecuali mesyuarat atau pun kelas malam. yang ini, HUB memang setuju sangat-sangat. sebabnya boleh dikatakan setiap malam announcement tu berbunyi je panggil budak perempuan, tak pun budak lelaki. sakit telinga HUB dibuatnya. even kalau penting sangat pon, selesaikanlah waktu siang. kita kene kerja secara profesional, macam yang sahabat HUB cakap. tu cuma alasan je, nak buat apa kita jumpa perempuan 24 jam? tak ada faedah pon. haha.
ok, last skali~~ asingkan kelas antara lelaki dan perempuan ketika waktu prep. kat sekolah kita ada 4 kelas. firdaus,naim,ma'awa,darussalam. senang je, 2 kelas untuk pelajar putera, 2 lagi kelas untuk pelajar puteri. janganlah bagi alasan yang tak munasabah macam susah nak copy-copy. aiseh~ tak kan lah tak ada seorang pelajar putera atau puteri yang pandai. macam nilah manusia, banyak sangat alasan yang diberi bila tak suka dengan peraturan. HUB bukan nak kata orang, kadang-kadang HUB pun sama juga. HUB ni tak ada alah sempurna sangat. tapi, kita sama-samalah berubah. ONE FOR ALL, ALL FOR ONE!!
No comments:
Post a Comment